Sunday, March 14, 2010

part 2 ( basikal baru )

hari itu , atuk belikan sebuah basikal untuk aku dan kakak . sangat gembira kala itu , 1 basikal itu kami kongsi bersama . atuk angkat kakak naik atas basikal itu , aku hanya melihat , tak sabar menanti giliran aku pula merasa naik basikal itu . aku duduk dihujung jambatan sambil menyaksikan gelagat atuk dan kakak . tak lama kemudian atuk angkat aku pula , hatiku girang dan tertawa .

3 hari berlalu , namun masih jua basikal itu tidak reti kami kayuh . aku dan kakak menyorong basikal itu kala petang tiba , atuk menebang pelepah kelapa sawit untuk dijadikan makanan kambing . terasa bosan , bila agaknya basikal ini boleh ku kayuh sendiri ? takkan basikal ini bergerak jika bukan atuk yang menolaknya dari belakang . atuk semakin jauh diatas bukit yang dijadikan kebun nanas , kami hanya memerhatikan dia dari bawah sambil menantikan bila agaknya atuk akan menolak basikal ini lagi ? atuk melambai kearah kami , disuruhnya kami naik ke atas bukit itu dengan membawa basikal . aku dan kakak berlari anak sambil menolak basikal ke atas bukit . sampai dipuncak bukit , atuk menggelengkan kepala sambil tersenyum . atuk menyuruh akak naik ke atas basikal sambil basikal itu dipegang erat oleh atuk , aku hanya melihat . dengan perlahan , atuk melepaskan tangannya dari memegang basikal tersebut , akak menjerit ! begitu jua aku yang menyaksikan akak yang dilepaskan dari puncak bukit yang besar dan tinggi itu . kulihat atuk yang hanya berdiri dan tertawa sambil menyaksikan akak , tak lama kemudian akak mula mengayuh basikal tersebut dengan lancar . sambil menjerit dan tertawa , akak pandai mengayuh basikal sejak itu . begitu jua aku , memang sangat takut ketika dilepaskan dari bukti yang tinggi , namun disitulah aku mula belajar mengimbang badan dan mengayuh basikal . terima kasih atuk , keranamu aku bukan sahaja pandai mengayuh basikal , malah pandai menunggang motor tika ini . AL FATIHAH BUAT ATUKKU YANG TERCINTA .

No comments:

Post a Comment