Tuesday, July 26, 2011

pengalaman bersalin . mari kongsi !

masa tu , 1.7.2011 . time tu aku tengah buang air besar sebab banyak sangat makan rambutan . memang tak dinafikan masa mengandung aku giler makan buah . buah apa apa jea aku balun . bagi aku sume buah sedap . breakfast pun nak makan buah . nak dekat tido pun nak makan buah , mimpi pun mimpi buah , kalau boleh masa tido tu pun nak kunyah buah . alang alang dah buah , lepas bersalin aku macam muak tengok buah . takpe la , yang penting aku tak muak tengok muka husband aku . hihi . *jangan marah baba ;)

oke sambung , masa tu husband aku dah balik keje , keje setengah hari la katakan , balik pun awal . memang semalam tu hari khamis kalau tak silap , aku pegi klinik kesihatan cek mengandung . then misi tu pun cek aku punya tekanan darah . dia kata 'uihhh tinggi !' pastu dia cek lagi buat kali kedua 'uihh tinggi lagi' tup tap tup tap , pas jumpa doctor aku pun balik . memang aku balik tu bawa beberapa masalah . tapi aku rilek jea lagi . takpe , masih ada masa . tapi doctor [esan esok pukul 3.00pm datang klinik port klang untuk scan air ketuban n cucuk imeferon (tambah darah) cucuk kat bontot *sakit kauuu! n periksa jantung aku .

esoknya masa aku ngah membuang tu la . baba bagi fon dia kata klinik tepon . aku pon pick up , membebel bebel makcik misi tu , sebab aku lupa nak pegi appoinment hari nie . haa apa lagi makcik misi tu paksa la aku pegi time tu gak . nasib baik aku dah habis memberon . sesampainya diklinik aku pun dilayan dengan sangat teliti dan berhati hati , *cehhh. lepas jea jumpa doctor lepas cek air ketuban , aku beserta wajah sugulku menerpa baba yang tengah tunggu dalam kereta . 'macam mana?' baba tanya . 'macam mana macam mana?' aku tanya baba balik . 'emm '. baba menjawab . 'haha' . aku jawab 'serius la' . baba jawab lagi . 'doctor suruh pegi hospital , kena tahan .' 'kenapa pulak . baba tanya . 'air ketuban tak cukup , takut baby lemas . lepas tu darah tinggi , takut mama sawan' . 'ohh , oke' . baba jawab lantas memegang erat tanganku . *ayat novel weyhh.

dipendekkan cite , pukul 11 pm aku pon sampai hospital lepas membalun sup ekor . *yummy. lepas tukar "uniform" ibu bersalin yang colour pink tu , aku pun disorong oleh misi menggunakan wheel chair . *ohh seronoknya :)

TO BE CONTINUE .....

No comments:

Post a Comment